Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Untuk makluman, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan satu aplikasi terbaru Kerajaan Negeri Sarawak yang dinamakan 'Sarawak Pay' pada 15 November 2017.

'Sarawak Pay' merupakan satu inovasi terkini yang menggunakan konsep 'e-wallet' dan 'scan and pay'. Aplikasi tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bil elektrik [Sarawak Energy], bil air [Kuching Water Board] dan lain-lain bil untuk perhidmatan di bawah pihak berkuasa tempatan di Negeri Sarawak.

Sehubungan itu, dimohon kerjasama pihak tuan/puan supaya memuat turun aplikasi tersebut  melalui perisian Android [Google Play] dan iOS [Apple App Store] serta mempromosikan 'Sarawak Pay' kepada rakan-rakan yang lain.

SARAWAK PAY

Sekian, terima kasih.

Sumber: Laman Web Rasmi YAB Ketua Menteri Sarawak.