Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3092702
Kemaskini Pada: 6 Dis 2019
Versi 8.2.2
Belia harus rebut peluang dalam sektor pertanian
Tarikh : 19 Nov 2019
 

 Gary (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah dalam majlis makan malam amal itu. TAHNIAH: Gary (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah dalam majlis makan malam amal itu.

 

BINTULU: Golongan muda khususnya graduan di bahagian ini harus merebut peluang dalam sektor pertanian moden yang sedang berkembang pesat di negeri ini pada masa sekarang, kata Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.

Menurutnya, kalau dulu rata-rata pertanian hanya diusahakan golongan yang tidak berpendidikan namun pada masa sekarang, sektor berkenaan mampu menjana pendapatan tinggi melalui kaedah pertanian moden.

“Para graduan pada masa sekarang tidak semestinya hanya memikirkan kerja dalam bidang pengajian mereka sahaja, tetapi mereka mampu bergerak dengan lebih jauh lagi dengan menceburi bidang alternatif seperti pertanian moden,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Makan Malam Amal Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA) Bintulu 2019 di sebuah restoran terkemuka di sini, malam Sabtu lalu.

Majlis berkenaan dihadiri sekitar 300 tetamu yang terdiri daripada ahli persatuan termasuk wakil agensi dan jabatan kerajaan tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan perniagaan sekitar Bintulu.

Terdahulu, Presiden SDGA Gary Ningkan berkata, para graduan disaran menyahut seruan bagi menceburi bidang agropreneur serta keusahawanan bagi memajukan lagi taraf ekonomi mereka dari semasa ke semasa.

Menurutnya, generasi muda pada masa sekarang khususnya di Sarawak harus memanfaatkan peluang yang cukup luas ditawarkan buat mereka bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan yang berpotensi luas untuk dimajukan di negeri ini.

“Saya pada masa sama melahirkan rasa penghargaan terhadap SDGA Bintulu kerana aktif melaksanakan pelbagai program berkaitan kesedaran mengenai pendidikan sejak lima tahun lepas,” tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, SDGA Bintulu turut menerima bantuan RM10,000 daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang diumumkan Jack Aman selaku wakil beliau pada majlis berkenaan, bagi menampung keperluan pelaksanaan aktiviti persatuan pada tahun depan.

Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh Tero Bayel, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis dan Pengerusi SDGA Bintulu Thwaites Langak antara yang hadir.