Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3092581
Kemaskini Pada: 6 Dis 2019
Versi 8.2.2
Sarawak Skills, i-CATS utamakan kebolehpasaran graduan
Tarikh : 26 Nov 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

BANGGA: (Dari kiri) Arthur Kulou Diweng, Marylyn Sema Awang, Melanie Tan Ching dan Muhammad Rezky Dwafian antara penerima Anugerah Industri Sarawak Skills/i-CATS 2019. — Gambar Muhd Rais Sanusi

 

KUCHING: Sarawak Skills atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) akan memberi keutamaan kepada aspek kebolehpasaran graduannya.

Pengerusi Sarawak Skills Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata bagi tujuan itu selain menyediakan pelajarnya dengan kemahiran teknikal berteknologi tinggi, Sarawak Skills dan i-CATS menekankan penguasaan ciri-ciri kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajarnya.

Menurutnya dalam era ekonomi global mencabar, pekerja masa kini perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar terus relevan seiring dengan perubahan masa.

Peningkatan atau perubahan teknologi pesat katanya, memerlukan pekerja yang sentiasa peka dan fleksibel untuk sentiasa dapat memenuhi keperluan industri pada masa depan.

“Kebolehpasaran merupakan aspek yang harus diberi keutamaan.

“Antara ciri-ciri kemahiran kebolehpasaran adalah memberi kemahiran berkomunikasi, kemahiran pengurusan maklumat, pengurusan diri, beretika dan bermoral, kepimpinan dan bekerja sama dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Konvokesyen Ke-22 Sarawak Skills/i-CATS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Abdul Aziz berkata Sarawak Skills juga menekankan komponen kemahiran 4K (4C) dalam korikulum pembelajaran iaitu kemahiran komunikasi, bekerjasama, kreatif dan pemikiran kritikal.

Sarawak Skills tambahnya, berazam melahirkan graduan yang bukan sahaja berketerampilan dalam bidang kemahiran teknikal tetapi mempunyai kemahiran insaniah serta mampu berfikir aras tinggi.

“Sepanjang penubuhan 25 tahun, Sarawak Skills telah berjaya melatih dan melahirkan lebih 60,000 graduan dalam bidang kemahiran serta akademik.

“Di samping itu, Sarawak Skills telah melahirkan ramai insan berjaya dalam bidang masing-masing dalam kejuruteraan, perkilangan dan pembuatan, keusahawanan dan sebagainya,” katanya.

  • oleh
    Patricia Gari
  •