Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Betong

Aezzra, anak Sarawak harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Tarikh : 08 Dec 2019  Sumber Berita: Utusan Sarawak
 

Aezrra (kiri) Bersama bapanya, Vincent selepas majlis penyampaian anugerah berprestij ituAezrra (kiri) bersama bapanya, Vincent selepas majlis penyampaian anugerah berprestij itu.

 

KUCHING: Aezzra Marvin Vincent mengharumkan nama Malaysia selepas diiktiraf terbaik di dunia dalam matematik oleh Penilaian Antarabangsa Pendidikan Cambridge.

Anak kelahiran Sarawak itu memenangi anugerah berprestij semasa Outstanding Cambridge Learner Awards setelah memperoleh markah tertinggi di dunia dalam mata pelajaran itu dalam Pemeriksaan Penilaian Antarabangsa Cambridge (Advanced Subsidiary Level) Julai 2019.

"Saya sangat meminati Matematik sejak kecil lagi dan saya berterima kasih kepada ibu bapa memupuk minat saya terhadap subjek ini.

"Saya banyak membuat latihan dan ini memudahkan lagi saya memahami apa diajar di dalam kelas," katanya kepada The Borneo Post ketika dihubungi pada Ahad.

Aezrra, yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke19 pada 11 Disember ini, sedang mengikuti Program Persediaan Level-A Jerman di German-Malaysian Institute di Kajang, Selangor.

Beliau dijangka mengikuti pengajian Sarjana muda di sebuah universiti di Jerman pada Mac depan dan merancang melanjutkan pengajian dalam kejuruteraan kimia.

"Saya sudah menamatkan pengajian di peringkat A-Level di German-Malaysian Institute dan sekarang saya mempelajari Bahasa Jerman," tambahnya.

Aezzra, berbangsa Bidayuh menggalakkan anak muda Sarawak khasnya dari luar bandar agar tidak takut menguasai subjek Sains, teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik (STEM).

Aezzra mendapat 10A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching dua tahun lepas.

Beliau juga cemerlang di peringkat sekolah rendah, mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Lobang Batu, Serian.