Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Betong

Belia berpontensi cerah bangunkan Sarawak capai negeri maju
Tarikh : 07 Dec 2019  Sumber Berita: Utusan Sarawak
 

Abang Johari dan tetamu kehormat lain bergambar dengan pemenang Anugerah Belia Negeri Sarawak di Miri, hari ini.Abang Johari dan tetamu kehormat lain bergambar dengan pemenang Anugerah Belia Negeri Sarawak di Miri, hari ini.

 

MIRI: Kerajaan negeri yakin golongan belia mampu menambah nilai kerja dan mencapai kemajuan untuk keperluan sebuah negeri maju berasaskan ekonomi digital menjelang 2030. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, potensi belia membangunkan Sarawak amat cerah melihat kepada kejayaan mereka dalam pelbagai bidang sekarang. 

"Penggunaan kaedah teknologi adalah penting, jadi saya nampak dengan adanya sumber yang begitu banyak di Sarawak kita dapat mentransformasikannya dan mereka (belia) akan berjaya pada tahun 2030," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia peringkat negeri di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Abang Johari berkata, sebagai ketua menteri, beliau harus memiliki wawasan untuk membangunkan ekonomi negeri dan rakyat. 

Untuk Sarawak, wawasan adalah untuk menjadikan Sarawak negeri termaju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

"Sebab itu semua gerakan dan persediaan kita hendaklah kita mantapkan supaya kita mencapai tahap yang telah di`target' kita," jelasnya.

Beliau menambah ekonomi digital dibangunkan seiring penguasaan belia dalam bidang teknologi dan maklumat. 

Pada sambutan itu, Abang Johari turut merasmikan buku Kajian Indeks Belia Sarawak dan menyampaikan Anugerah Belia Negeri Sarawak kepada Gary Ningkan dan  Dayang Nur'Maisarrah Abang Abdul Razak.

Untuk kategori persatuan, johan ialah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sementara naib johan ialah Unit Saberkas Kampung Demak Baru (KADEBA).

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.