64.2% Populasi Dewasa Telah Menerima Dos Penggalak |
Tarikh : 09 Mar 2022 Sumber Berita: Utusan Borneo Online |
Seramai 15,113,923 individu dewasa (64.2%) di negara ini telah menerima dos penggalak Covid19 setakat semalam. Bagi kumpulan yang sama sejumlah 22,930,441 (97.5%) individu dewasa telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,207,220 (98.7%) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, sebanyak 1,060,063 (29.9%) individu telah menerima dos pertama vaksin Covid19 melalui Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). |