Fasa 'Peralihan Ke Endemik' bermula 1 April 2022 |
Tarikh : 09 Mar 2022 Sumber Berita: Kenyataan Media Perdana Menteri Fasa 'Peralihan Ke Endemik' bertarikh 8 Mac 2022 |
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa negara akan beralih kepada Fasa Endemik bermula 1 April 2022 ini dimana ia merupakan exit strategy untuk membolehkan negara kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang degan Covid19. Beliau juga memaklumkan bahawa fasa ini merupakan fasa sementara sebelum negar beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yag hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Berikut merupakan beberapa ketetapan yang telah diambil oleh kerajaan selaras dengan Fasa 'Peralihan Ke Endemik';
Keputusan pembukaan semula sempadan, beliau berkata ia dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain serta memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka. |