Covid: 31,490 kes baharu dilaporkan semalam |
Tarikh : 09 Mar 2022 Sumber Berita: Astro AWANI |
Sebanyak 31,490 kes baharu Covid19 dilaporkan semalam dengan 175 kes melibatkan kategori tiga hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Sehingga kini negara mencatatkan kumulatif kes positif Covid19 sebanyak 3,680,953 dengan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,340,889. Mengenai penggnaan katil kes kritikal atau ICU, Dr Noor Hisyam memaklumkan enam negeri menunjukan pengisian 50% atau lebih, iaitu Kelantan (73%); Kuala Lumpur (65%);Johor (63%); Selangor (61%); Perak (55%); dan Putrajaya (50%). Beliau juga menambah bilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid19 negara kini ialah 1.07 dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.36 diikuti Kuala Lumpur (1.26), Terengganu (1.17), Perak (1.16) dan Negeri Sembilan (1.11). |