Nur Izzuddin-Sze Fei Juara Terbuka Jerman 2022 |
Tarikh : 14 Mar 2022 Sumber Berita: Astro AWANI |
Beregu lelaki negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 selepas menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada Ahad. Gandingan negara yang menduduki tangga ke-17 dunia memenangi set pertama 23-21. Namun beregu negara itu tewas pada set kedua 21-16 sekaligus mengheret perlawanan kepada set penentuan. Dalam set penentuan aksi Nur Izzuddin sedikit terganggu apabila kelihatan mengalami kesakitan pada lutut kanan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemengan 21-14. Selepas kejayaan sulung mereka semalam, Nur Izzuddin-Sze Fei seterusnya akan beraksi pada kejohanan All England 2022 di Birmingham yang membuka tirau pada 15 Mac depan dan dijadual berdepan He Ji Ting-Tan Qiang daripada China pada pusingan pertama. |