Sarawak ID|Register

Berita

Dua Gempa Kuat Gegar Filipina, Indonesia
Tarikh : 14 Mar 2022  Sumber Berita: Astro AWANI
 

Dua gempa bumi kuat melanda Filipina dan Pulau Sumatera di Indonesia pada Isnin.

Di Filipina, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud dikesan kira-kira 110 kilometer dari Morong di wilayah Bataan di Pulau Luzon pada jam 5.05 pagi. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan berkata gempa berlaku pada kedalaman 11km. Gempa dilaporkan 'agak kuat tetapi singkat'.

Tidak lama selepas itu, berlaku gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegarkan barat Sumatera. USGS berkata, pusat gempa berada pada kedudukan 167km barat bandar Pariaman berhampiran Kepulauan Batu pada kedalaman 21.8km.

Setakat ini tiada risiko tsunami dilaporkan hasil daripada gempa yang berlaku.