Sarawak ID|Register

Berita

ADUN Kuala Rajang dan Repok Angkat Sumpah
Tarikh : 15 Mar 2022  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh dan ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii mengangkat sumpah ikrar dan menandatangani watikah di hadapan Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sekitar jam 10 pagi Selasa.

Sebelum ini majlis angkat sumpah semua ADUN Sarawak dilakukan semasa pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19 yang dijadual berlangsung selasa tiga hari pada Februari lepas.

Bagaimanapun Len Talif dan Huang terpaksa mengangkat sumpah ikrar dan menandatangani watikah tersebut secara berasingan berikutan kedua-dua ADUN tersebut disahkan positif COVID19 sekali gus tidak dapat menghadirkan diri ke upacara angkat sumpah pada 14 Februari lepas.