Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Jan 2019
Versi 8.2.0
Ladang Lingga Menganjurkan Program Keselamatan Kebakaran Untuk Pekerja
Tarikh : 10 Dec 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

2018-12-08

BETONG: Ladang kelapa sawit Ladang Lingga anak syarikat Trans Kenyalang yang beroperasi di kawasan Jalan Tanjung Assam dekat sini menganjurkan program latihan kebakaran dan demonstrasi memadam api bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat baru-baru ini.

Menurut Penolong Pengurus Ladang Lingga Joshua Meringgai Aying, program tersebut julung kali diadakan di kawasan kediaman pekerja ladang sejak ladang itu beroperasi pada 2000.

Katanya, pihak syarikat pernah mengadakan program yang sama pada awal tahun bersama Bomba Betong, namun hanya untuk kakitangan yang bertugas di pejabat.

“Saya bagi pihak pengurusan ladang amat bangga dan berterima kasih kepada Jabatan Bomba kerana sudi memberi penerangan yang jelas kepada semua penghuni kuarters pekerja.

“Ini kerana pada awal bulan lepas telah berlaku kebakaran yang melibatkan satu blok kuarters namun nasib menyebelahi kita kerana tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Disebabkan itulah pengurusan berusaha menganjurkan program untuk mendedahkan pekerja tentang latihan kebakaran,” katanya.

Tambahnya, semasa latihan dijalankan ramai penghuni kuarters terutama pekerja wanita diberi pendedahan mengenai bahaya kebakaran.

Mereka juga diberi tunjuk ajar cara memadam kebakaran dapur gas, kuali dan alat pemadam api dengan betul.

Demonstrasi tersebut disertai kira-kira 130 orang terdiri daripada kakitangan dan pekerja Ladang Lingga.

Empat pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong hadir dengan diketuai PBK I Henry Jugah bersama PB Prangka Kudang, PB Nikson Asean Akui dan PB Mokthar Kadren.