Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Jan 2019
Versi 8.2.0
‘Kabong Beach Day’ Pada 29-31 Disember
Tarikh : 26 Dec 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

2018-12-24

KABONG: Pejabat Daerah Kabong dengan kerjasama D’Akasya Group dan Pusat Khidmat N42 Kabong akan menganjurkan ‘Kabong Beach Day’.

Program ini akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula jam 9 pagi pada 29 Disember (Sabtu) hingga 31 Disember (Isnin) di Pantai Tanjung Kembang.

Antara pengisian pada program ini nanti ialah senamrobik, acara bergendang, gusti lengan, poco-poco, sukaneka, tarik tali, ‘busking’, basikal berhias dan banyak lagi acara lain.

Sementara itu pada sebelah malamnya akan diadakan ‘5km Kabong Night Run 2018’ pada jam 8 malam 30 Disember (Ahad) manakala pada jam 8.30 malam 31 Disember (Isnin) akan diadakan Malam PEMADAM Daerah Kabong 2018 bersama penyanyi jemputan Ameng Spring.

Bagi acara ‘5km Kabong Night Run 2018’, penyertaan masih dibuka kepada orang ramai dan menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk tempat pertama, RM300 tempat kedua, RM200 untuk tempat ketiga, RM100 untuk tempat keempat dan RM50 bagi tempat kelima.

Sementara itu, hadiah cabutan bertuah bagi peserta larian adalah sebuah motosikal.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai acara ini, sila hubungi pihak urus setia pertandingan di talian 010-6690535, 010-6680535 atau 010-9604462.

Upacara perasmian ‘Kabong Beach Day’ akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ‘Kabong Mohd Chee Kadir pada jam 9 pagi 29 Disember (Sabtu) di Pantai Tanjung Kembang.

Sehubungan itu, pihak urus setia mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat dan penduduk di sekitar daerah Kabong amnya untuk memeriahkan lagi program berkenaan.