Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2477887
Kemaskini Pada: 21 Mac 2019
Versi 8.2.0a
Mayat lelaki terjatuh ditemui pada hari kedua SAR
Tarikh : 23 Jan 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KABONG: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang menjejaki seorang lelaki yang dilaporkan lemas ketika mandi di Sungai Krian, petang kelmarin, telah menemui satu mayat terapung dalam jarak satu kilometer dari tempat kejadian, pagi semalam.

Mayat mangsa, Aziz Sofian Rosli, 27, ditemui pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 9 pagi dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, mayat mangsa telah ditemui di kawasan hilir sungai terbabit, berhampiran dengan kilang obor-obor di kawasan muara Sungai Endot.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Hulu Laut, Kabong dalam kejadian terbabit telah turun ke sungai untuk mandi, namun lemas dihanyutkan arus sungai yang deras.

“Kejadian ini berlaku sekitar jam 5.20 petang Sabtu. Berikutan dengan penemuan mayat tersebut oleprasi SAR telah dihentikan dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses selanjutnya.

Dalam kejadian tersebut, seorang saksi kejadian memberitahu terlihat mangsa turun mandi di jeti dan kamudian hanyut dibawa arus deras sungai.

Penduduk terbabit berusaha untuk menyelamatkan mangsa namun gagal dan terus memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung yang lain.

Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kabong dan usaha SAR terus dilancarkan pada petang kelmarin yang melibatkan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta penduduk kampung.

Pada hari pertama operasi SAR (Sabtu), mangsa gagal ditemui dan operasi tersebut diteruskan semula semalam.

Berikutan dengan penemuan tersebut, operasi SAR yang memasuki hari kedua telah dihentikan.