Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2477830
Kemaskini Pada: 21 Mac 2019
Versi 8.2.0a
200 peserta hadiri Program Keselamatan
Tarikh : 13 Mar 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

SEMANGAT: Antara tetamu yang hadir pada program tersebut.

 

BETONG: Seramai 200 peserta yang terdiri daripada guru, ibu bapa dan murid menghadiri Program Keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) St John Betong di sini Ahad lalu.

Program dianjurkan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dijayakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada program tersebut, pihak bomba menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keselamatan Daripada Bahaya Kebakaran’ oleh Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah.

Manakala PDRM turut menjayakan program menyampaikan ceramah bertajuk ‘Bahaya Penyalahgunaan Dadah’.

Penolong Kanan SK St John Materang Usop mewakili guru besar sekolah tersebut dalam ucapannya amat berbesar hati kepada kedua-dua pihak yang dijemput.

“Tahniah kepada semua yang hadir pada program kali ini. Terima kasih kepada kedua-dua pihak yang mengendalikan program ini.

“Penyampaian maklumat sangat padat dan memberi impak amat berguna kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda,” katanya.

Turut hadir Penolong Kanan HEM SK St John Buntoi Munan.