Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2477851
Kemaskini Pada: 21 Mac 2019
Versi 8.2.0a
Penyatuan ummah buka peluang masyarakat pelajari al-Quran
Tarikh : 13 Mar 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

PROGRAM AL-QURAN: Wan Adzman bersama ahli jawatankuasa kerja dan pembimbing program Iqra Perdana.

 

BETONG: Penyatuan ummah melalui pembelajaran dan pengajian al-Quran membuka peluang masyarakat mempelajari bacaan al-Quran dan mendalami ilmu akhirat dengan lebih fokus.

Peneraju Program Iqra Perdana Johari Alimi berkata pembabitan dalam pengajaran bacaan al-Quran di peringkat komuniti kampung melengkapi semua aktiviti direncanakan.

“Bertitik tolak daripada pendekatan bersama warga emas, membuka langkah seterusnya dengan pengajian bermula di qariah Masjid Jamek Betong berkembang ke 15 lokasi sebagai pusat pengajian Iqra Perdana.

“Program Iqra Perdana yang dimulakan hujung tahun lalu berkembang ke 14 kawasan di daerah Betong dan sebuah masjid di Kampung Tebelu (Masjid Annur),  menjadikan 15 lokasi semuanya,” katanya.

Program itu melibatkan kira-kira 1,000 peserta kanak-kanak hingga dewasa yang baharu mempelajari bacaan al-Quran dan mendalami kaedah baharu teknik bacaan.

Pada dasarnya, program Iqra Perdana memberi peluang kepada masyarakat kampung terlibat mempelajari bacaan al-Quran dan melantik pembimbing daripada kalangan mereka yang fasih al-Quran.

Peranan pembimbing mencari individu belum pandai mengaji dan mengajak bersama belajar dengan menyediakan jadual bagi menarik minat masyarakat menyertainya setiap minggu.

Pada masa sama, ia memberi peluang kepada mereka belajar di lokasi masing-masing yang dipersetujui.

Namun, matlamat lebih fokus menjayakan program membantu individu mengenal pasti kemampuan dan dikumpul secara berkumpulan khatam al-Quran pada 2019-2020.

Seramai 102 pembimbing yang terdiri daripada penduduk setempat dikenal pasti untuk menjayakan program tersebut.

Selain itu, setiap peserta diberi sijil penyertaan Iqra Perdana setelah berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk.

Turut hadir dan merasmikan majlis tersebut ialah Pegawai Agama Islam Betong Wan Adzman Abdul Rahman.