Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2613399
Kemaskini Pada: 16 Mei 2019
Versi 8.2.1
Projek naik taraf Jalan Tanjung Assam dan Jalan Supak dikemukakan semula RMK-12
Tarikh : 06 May 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

Julaihi (kanan) bersama Dato Sri Fatimah Abdullah dan Rosey Yunus (kiri).Julaihi (kanan) bersama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah serta Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus (kiri) di pekarangan Kompleks DUN hari ini.

 

KUCHING: Projek menaik taraf Jalan Tanjung Assam ke Kampung Buda dan Jalan Supak ke Kampung Merdang di Spaoh akan dikemukakan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). 

Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi berkata projek menaik taraf Jalan Tanjung Assam Ke Kampung Buda dikemukakan pada separuh penggal RMK-11 tetapi tidak diluluskan. 

Bagaimanapun menurut Julaihi, permohonan projek ini akan dikemukakan semula dalam RMK12. 

“Pada masa sekarang, jalan ini masih lagi dikategorikan sebagai jalan ban di bawah pengawasan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID). 

“Pihak DID boleh mendaftar jalan ini di bawah program Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) dan perlu mengikut dan mematuhi spesifikasi MARRIS sebelum Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh pertimbangkan untuk ambil alih jalan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Mohammad Razi Sitam (GPS-Saribas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Bagi cadangan jalan di Kampung Supak ke Kampung Merdang, Spaoh pula, JKR menurut Julaihi akan mengkaji keperluan cadangan projek ini sebelum dikemukakan untuk dilaksanakan dibawah RMK-12. 

Anggaran kos bagi menaik taraf Jalan Tanjung Assam ke Kampung Buda ialah sebanyak RM30 juta manakala Jalan Kampung Supak ke Kampung Merdang sebanyak RM70 juta. 

Ditanya mengenai skop kerja bagi kedua-dua jalan tersebut, Julaihi berkata Jalan Tanjung Assam ke Kampung Buda adalah melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 5 kilometer. 

Manakala Kampung Supak ke Kampung Merdang melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan kepada standard JKR R1 sepanjang 14 kilometer.