Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2673094
Kemaskini Pada: 14 Jun 2019
Versi 8.2.1
Ik Pahon dilantik Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Tarikh : 30 May 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Jaul (empat kiri) menyerah tugas kepada Ik Pahon sambil disaksikan yang lain termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Abu Bakar Marzuki (tiga kiri) dan Norhayati (kiri).

 

KUCHING: Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datu Ik Pahon Joyik kini memangku jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ik Pahon memangku jawatan itu selepas bekas Timbalan Setiauasaha Kerajaaan Negeri Datu Jaul Samion dilantik sebagai Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri awal bulan ini.

Jaul dilantik sebagai Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani kini bercuti sehingga beliau bersara pada Ogos tahun ini.

Jaul menyerah tugas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ik Pahon dalam majlis ringkas di pejabatnya di sini, hari.

Sementara itu, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Awang Johari Awang Mustapha dilantik sebagai Pemangku  Setiausaha Tetap kepada Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

Bekas Ketua Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Dato Norhayati Mohd Ismail pula dilantik sebagai Pemangku Pengarah UKAS.

Semua pelantikan ini berkuatkuasa hari ini.