Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2673178
Kemaskini Pada: 14 Jun 2019
Versi 8.2.1
Bus Asia Biaramas Express sediakan perkhidmatan WiFi percuma
Tarikh : 29 May 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

PERCUMA: Lai menunjukkan bas persiaran Scania milik syarikat Bus Asia Biaramas Express yang menyediakan perkhidmatan WiFi percuma untuk penumpang

KUCHING: Bus Asia Biaramas Express kini menyediakan perkhidmatan WiFi percuma untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas persiaran Scania milik syarikat itu.

Perkhidmatan ini boleh digunakan bagi bas yang bergerak di laluan Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Menurut pengurusnya, Lai Sin Kiong, Bus Asia Biramas Express adalah yang pertama di Sarawak menggunakan bas persiaran Scania yang dilengkapi dengan WiFi percuma.

“Buat masa sekarang, perkhidmtana WiFi percuma disediakan atas bas Scania  tetapi pada hujung tahun 2022, kami berharap dapat menyediakan untuk semua bas kami.

“Kami juga mempunyai ‘USB ports’ untuk mengecas di setiap tempat duduk. Pelanggan hanya perlu membawa kabel pengecas sendiri,” katanya kepada The Borneo Post.

Lai berkata, kelebihan bas persiaran Scania buatan Sweden itu termasuk penggunaan suspensi udara yang memberikan pengalaman lebih selesa.

“Satu lagi kelebihan ialah ia mempunyai Sistem Brek Automatik yang membolehkan had kelajuan ditetapkan secara automatik supaya tidak melebihi had. Ia merupakan ciri penting bagi keselamatan,” katanya.

 Lai juga berkata, satu lagi ciri yang akan disediakan tidak lama lagi ialah sistem pengesanan GPS untuk bas persiaran mereka.

“Kami menjangkakan akan melancarkan ini selepas Hari Raya. Perkhidmatan ini membolehkan para pelanggan untuk mengesan lokasi bas melalui laman web kami. Ia seperti bagaimana orang boleh mengesan penerbangan dalam talian.

“Ini adalah  tambahan kepada perkhidmatan pengesanan kargo semasa kami, yang juga boleh didapati di laman web kami,” katanya sambil menambah bahawa Bus Asia baru-baru ini telah menubuhkan perkhidmatan kargo baharu untuk laluan Kuching-Sri Aman.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.BusAsia.my, di mana pelanggan juga boleh membeli tiket pada diskaun antara 20 sehingga 70 peratus untuk perjalanan dalam tempoh bukan perayaan.