Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2830054
Kemaskini Pada: 21 Ogos 2019
Versi 8.2.2
Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri, 15 Jun ini
Tarikh : 12 Jun 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

JEMPUTAN UTAMA: Uggah ditemani ahli jawatankuasa menyampaikan jemputan kepada Abang Johari pada pertemuan pagi semalam.

 

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri pada 15 Jun di Hotel Imperial di sini.

Menurut kenyataan akhbar semalam, jemputan tersebut telah dipanjangkan kepada beliau pada perjumpaan bersama ahli jawatankuasa (AJK) penganjur  yang diketuai Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam.

Menemani beliau ialah ahli kabinet negeri, Dato Sri Micheal Manyin, Dato Sri Dr Stephen Rundi, Datuk Dr Jerip Susil dan Datu Dr Penguang Manggil.

Turut serta ialah Datuk Alexander Nanta, Datuk Gerawat Jala, Datu Ik Pahon , Datuk Ranum Mina, Dato Henry Harry Jinep, Martin Ben dan John Ilus.

Uggah berkata, perjumpaan itu merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan ahli jawatankuasanya di sini.

“Kami menjemput Ketua Menteri agar beliau dapat menasihati komuniti Dayak dalam usaha untuk mengukuhkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak berdepan situasi hari ini,” katanya.

Uggah berkata, Abang Johari juga telah dijemput untuk menjadi tetamu kehormat pada satu lagi majlis Gawai Dayak yang akan dianjurkan pemimpin masyarakat Dayak Iban Bahagian Kuching pada 18 Jun.

“Kita mempunyai seorang temenggung Iban, tujuh penghulu, 40 tuai rumah untuk bahagian Kuching.

“Kita akan memberi maklum balas kepada Ketua Menteri tentang pelbagai masalah dan isu yang dihadapi komuniti dalam aspek pendidikan, perumahan, sosial dan banyak lagi,” katanya.