Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2970893
Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
Sarawak kenal pasti komoditi boleh dikenakan cukai
Tarikh : 19 Jun 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

KENANGAN: Abang Johari bersama Awang Tengah (duduk, empat kanan), Dr Rundi (duduk, dua kanan), Dr Abdul Rahman (duduk, dua kiri), Syed Ahmad (duduk, tiga kanan) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama kakitangan SACOFA semasa majlis berkenaan semalam. — Gambar oleh Tan Song Wei

 

KUCHING: Sarawak dalam usaha mengenal pasti komoditi yang boleh dikenakan cukai jualan sebagai aliran pendapatan baharu kepada negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau percaya Sarawak mempunyai komoditi yang berpotensi untuk dikenakan cukai jualan sebagaimana yang telah dilaksanakan terhadap industri minyak dan gasnya.

“Apa yang berlaku adalah di bawah Perlembagaan, kita ada hak untuk mengenakan cukai jualan ke atas komoditi lain sebagaimana kita lakukan dalam minyak dan gas.

“Ia tidak hanya untuk satu komoditi sahaja dan saya meneliti komoditi lain yang boleh kita kenakan cukai jualan yang akan memberikan aliran pendapatan baharu kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berjarah Gawai Raya 2019 anjuran SACOFA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Namun kata Abang Johari, masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan perkara berkenaan tetapi apa yang penting adalah Sarawak sudah mempunyai hala tuju dalam meningkatkan pendapatan.

“Kita kena lihat dahulu industri berkenaan dan kita juga perlu melihat pasarannya.

“Kalau kita kenakan cukai yang banyak tidak boleh juga, kerana kita perlu melihat rasionalisasi cukai dikenakan,” tegasnya.

Beliau memberi contoh dari segi industri pengeluaran kertas, di mana Sarawak merupakan salah satu pengeluar utama.

Namun katanya, kerajaan perlu melihat pasaran industri yang ada terlebih dahulu sebelum melaksanakan.

Sementara itu, Abang Johari meluangkan masa lebih dua jam pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Pengerusi SACOFA Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree.

oleh Jessica Jawing