Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2971822
Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
Tambahan penerbangan terus Kuching dan negara jiran sedang diusahakan
Tarikh : 15 Jul 2019
 
 Abdul Karim (tengah) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penaja Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) sambil disaksikan (dari kiri) Angelina dan Abdul Wahab serta Hii (kanan). — Gambar Muhd Rais Sanusi PENGHARGAAN: Abdul Karim (tengah) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penaja Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) sambil disaksikan (dari kiri) Angelina dan Abdul Wahab serta Hii (kanan). — Gambar Muhd Rais Sanusi

SANTUBONG: Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang berusaha untuk menambah penerbangan terus antara Kuching dan negara jiran lain di rantau ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bukan perkara mudah untuk berunding dalam dengan penerbangan.

Terkini katanya, kementerian sedang dalam rundingan dengan AirAsia untuk menyediakan lebih banyak penerbangan dari tempat lain di rantau ini ke Kuching.

“Sehubungan itu kami telah memperkenalkan semula pakej penerbangan dari Bandar Seri Begawan ke Kuching yang bermula dengan dua penerbangan dan kini empat penerbangan tersedia untuk laluan ini.

“Dengan demikian, kita mempunyai mereka yang datang ke Kuching dari Kuala Lumpur, Johor, Kota Kinabalu dan Singapura dan kini tambahan dari Bandar Seri Begawan,” katanya pada sidang media di Kampung Budaya Sarawak di sini, semalam.

Beliau berkata, syarikat penerbangan Indonesia, Malindo masih lagi memiliki Pontianak sebagai pintu masuk ke Kuching.

Abdul Karim memberitahu, kementerian akan berusaha untuk mengadakan penerbangan terus antara Jakarta ke Kuching dan akan mengumumkan perkara itu sebaik sahaja ia berjaya dimuktamadkan.

Selain Jakarta katanya, kementerian juga sedang meneliti potensi penerbangan terus dari Bangkok ke Kuching.

Beliau memberitahu buat masa ini, terdapat dua penerbangan terus sehari dari Pulau Pinang dan penerbangan dari Kota Baharu, tetapi tidak dari Langkawi.

“Kita juga mungkin akan memperkenalkan semula penerbangan terus dari Shenzhen kerana sehingga kini, penerbangan dari rantau itu perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum sampai ke Kuching,” kata Abdul Karim.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Abdul Wahab Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB Angelina Bateman dan Setiausaha Tetap Kementerian Hii Chang Kee.