Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2894291
Kemaskini Pada: 10 Sept 2019
Versi 8.2.2
Sarawak sedia biayai sendiri kos latihan Bahasa Inggeris guru
Tarikh : 13 Jul 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

BEKENU: Sarawak merupakan negeri pertama yang akan membiayai sendiri kos latihan Bahasa Inggeris untuk  guru khasnya yang mengajar subjek Sains dan Matematik. 

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk memantapkan penguasaan bahasa antarabangsa itu di kalangan tenaga pengajar tempatan. 

"Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk tahun ini kita memberi bantuan RM10 juta bagi melatih guru dalam mengajar bahasa Inggeris. Sarawak negeri pertama," jelas beliau kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 13 A untuk cawangan N71 Bekenu dan N72 Lambir di Bekenu hari ini. 

Abang Johari berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat masa sekarang tidak mempunyai dana mencukupi untuk menampung kos tersebut. 

Beliau diberitahu, bajet kerajaan pusat diperuntukkan bermula tahun hadapan. 

"Dalam kabinet kita telah bersetuju tahun ini disebabkan peruntukan tidak diberi Kementerian Pendidikan kerana tiada peruntukan memberi latihan kepada guru keutamaan dalam Bahasa Inggeris," jelasnya. 

Abang Johari dalam ucapannya berkata, Sarawak menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggunakan Bahasa Inggeris mengajar subjek Sains dan Matematik. 

Persetujuan kerajaan negeri untuk melaksanakannya juga telah disuarakan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.