Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3039947
Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
Isu bahan bakar tercemar diatasi, tempoh percubaan bas hidrogen diteruskan
Tarikh : 23 Oct 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

 

Lee mengisi gas hidrogen dalam tangki bas. Turut kelihatan, Dr Jerip dan Sharbini. Gambar oleh Chimon Upon
Lee mengisi gas hidrogen dalam tangki bas. Turut kelihatan, Dr Jerip dan Sharbini. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Tempoh percubaan tiga bas hidrogen kini diteruskan setelah isu pencemaran hidrogen di Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Isian Semula Sarawak Energy Berhad (SEB) diatasi.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin yang berkata demikian, bagaimanapun memberitahu tarikh ia dapat digunakan orang ramai belum ditetapkan.

Menurutnya, tiga bas berkenaan dalam keadaan sempurna meskipun sebelum ini terpaksa dihentikan tempoh percubaannya ekoran isu hidrogen tercemar.

"Bas hidrogen itu kini dalam keadaan baik malah pembuat bas itu sudah menjalankan kerja membersih tangki bahan bakar manakala Linde EOX Sdn Bhd iaitu pentadbir sistem dan teknologi di Stesen Isian Semula di sini, telah menyelesaikan masalah bahan bakar yang tercemar, " katanya.

Beliau berkata demikian pada  sidang media selepas melawat Stesen Isian Semula dan Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu SEB di Pending di sini, hari ini.

Lee berkata, kerja untuk menangani masalah bahan bakar berkenaan dapat diatasi pada 13 Oktober lalu di mana bas terbabit telah membuat pengisian semula bahan bakar hidrogen.

"Ini bermakna kesemua tiga bas berkenaan telah diisi (bahan hidrogen) dan ia kini sudah berjalan untuk tempoh percubaan termasuk sehingga jalan ke Damai serta beberapa laluan lain. Sehingga kini, ia berjalan dengan lancar dan tiada masalah. 

"Tetapi kita masih dalam tempoh percubaan untuk mendapatkan lebih banyak data," ujarnya sambil memberitahu buat masa sekarang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) masih menjalankan tempoh percubaan itu sehingga hujung bulan Oktober ini

Beliau menambah, masalah itu mula dikesan oleh Linde yang seterusnya mencari pendekatan baharu bagi memperbetulkan masalah tersebut.

"Sebagai sesuatu yang baharu (bas hidrogen) kita mahu menjalani ujian dan siri percubaan sepenuhnya kerana kita mahu segalanya berjalan dengan teratur dan selamat," ujar beliau.

Menurutnya, sekarang banyak negara menggunakan hidrogen untuk pelbagai industri bukan sahaja dalam bidang pengangkutan kerana ia merupakan teknologi hijau.

Justeru, katanya, Sarawak Energy Berhad (SEB) mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM15 juta untuk pembangunan berterusan bas hidrogen terbabit selain memenuhi permintaan tinggi terhadap bahan bakar tersebut.

Ujar Lee lagi, bas hidrogen yang bernilai RM1.2 juta untuk satu unit ini boleh beroperasi sehingga 300 kilometer (km) dengan 20 kilogram hidrogen

Dalam pada itu, Lee mencadangkan agar bas terbabit ditingkatkan fasilitinya dengan menyediakan kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Bas hidrogen ini dilengkapi oleh pelbagai kemudahan seperti wifi percuma, kamera litar tertutup, televisyen dan pengumpulan iklan.

"Namun, tiada platform disediakan untuk OKU menaikinya menggunakan kerusi roda dan perkara ini telah saya maklumkan kepada pembekal," ujarnya lagi.