Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3040047
Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
Endowment Fund Sarawak diteruskan, inisiatif kerajaan negeri sedia tabungan pendidikan anak Sarawak
Tarikh : 24 Oct 2019
 

 

Fatimah bersama tetamu kehormat yang lain merakam kenangan dengan pemenang-pemenang kategori-kategori dipertandingan pada Pentas Sarawak Pre-School Kids Got Talent 2019 di sebuah hotel di sini, hari ini. Fatimah bersama tetamu kehormat yang lain merakam kenangan dengan pemenang-pemenang kategori-kategori dipertandingan pada Pentas Sarawak Pre-School Kids Got Talent 2019 di sebuah hotel di sini, hari ini.

KUCHING: Endowment Fund Sarawak (EFS) akan diteruskan tahun depan selepas pelancarannya pada 1 Januari tahun ini dengan peruntukan RM42 juta.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullan berkata merupakan inisiatif kerajaan negeri Sarawak bagi menyediakan tabungan kepada anak Sarawak sama ada untuk melanjutkan pengajian atau memulakan kerjaya apabila mencapai usia 18 tahun.

Menurutnya di bawah EFS, setiap anak Sarawak yang lahir bermula 1 Januari tahun ini akan mendapat RM1,000 dan diurus oleh Bank Islam dengan kadar faedah 4.2 peratus.

Beliau berkata kerajaan negeri telah memutuskan EFS akan diteruskan pada tahun hadapan dan berharap kadar kelahiran dapat dipertingkatkan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Menurutnya, jumlah kelahiran baharu tahun ini kurang daripada yang dijangkakan.

Beliau berkata setakat 30 September 2019, 18,689 daripada 25,326 atau 73.79 peratus bayi anak Sarawak telah mendaftar untuk EFS.

"Kalau kita melihat senario sekarang ini, pinjaman pendidikan di bawah PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), dari segi bilangan yang boleh mendapat pinjaman dan kadar amaun telah banyak dikurangkan berbanding semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Dengan itu, inisiatif kerajaan Sarawak menerusi EFS ini, adalah tabungan bermula dengan RM1,000 dan setelah anak itu mencapai umur 18 tahun nanti, wang ini boleh digunakan oleh anak tersebut melanjutkan pelajaran atau memulakan kerjaya mereka," katanya ketika berucap pada majlis Pertunjukan Sarawak Pre-School Kids Got Talent di sebuah hotel di sini, hari ini.

Fatimah berkata melihat senario tersebut, ibu bapa harus mula menabung untuk masa depan pendidikan anak-anak mereka.

Beliau menambah, pendaftaran untuk EFS boleh dilakukan di 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak

Fatimah juga memberitahu kerajaan negeri telah memutuskan untuk meneruskan pemberian Geran Tahunan Khas (GTK) kepada Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) yang berdaftar di negeri ini.

Beliau memberitahu pada tahun ini RM16 juta telah diluluskan bagi GTK dengan RM5,000 diberikan kepada setiap IPAKK berdaftar di Sarawak.

"Setakat 30 September 2019, 92 peratus daripada jumlah 3,030 IPAKK berdaftar di Sarawak, telah memohon GTK dan sejumlah RM10,100,000 telah diagihkan," ujarnya.

Mengenai Sarawak Pre-School Kids Got Talent, Fatimah berkata ia merupakan penganjuran kedua selepas siri pertama dikenali Sarawak Kids Got Talent diadakan tahun lepas.

Menurutnya Pentas Sarawak Pre-School Kids Got Talent dapat memberi ruang dan peluang untuk anak-anak mempamerkan bakat dan kecenderungan masing-masing.

"Setiap individu adalah unik dan mempunyai 'multi-intelligences'. Kita mempunyai kemahiran dan potensi berbeza.

"Kemahiran, bakat dan potensi anak-anak ini perlu digilap untuk membantu mereka berada pada peringkat lebih tinggi suatu hari nanti,"katanya.

Pentas Sarawak Pre-School Kids Got Talent kali ini menyaksikan 10 kategori dipertandingkan melibatkan peserta berusia empat hingga 6 tahun.

Kategori-kategori tersebut ialah Anugerah Khas Juri, Pengucapan Awam Bahasa Melayu, Pengucapan Awam Bahasa Inggeris, Pengucapan Awam Bahasa Iban, Nyanyian Solo Kategori A, Nyanyian Solo Kategori B, Tarian Kategori A, Tarian Kategori B, Lukisan dan Special Talent.

  • oleh
    Patricia Gari