Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3039841
Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
TM Sarawak sasar penghujung tahun depan naik taraf perkhidmatan Unifi
Tarikh : 22 Oct 2019
 

 

 Jafer (kiri) bersama Hasni (kanan) dan Suhardi memperagakan gegantung promosi ‘Pay Nothing’ kepada pihak media selepas sidang media. — Gambar Muhammad Rais Sanusi REBUT PELUANG: Jafer (kiri) bersama Hasni (kanan) dan Suhardi memperagakan gegantung promosi ‘Pay Nothing’ kepada pihak media selepas sidang media. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: TM Sarawak menyasarkan penghujung tahun depan atau setahun setengah lagi untuk menaik taraf perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi Unifi kepada semua pelanggan Streamyx di seluruh negeri ini.

Pengurus Besar TM Sarawak Jafer Sadiq Abdul Lathiff berkata ketika ini pihaknya sedang memasuki fasa ketiga pelaksanaan iaitu memperluaskan liputan di kawasan luar bandar.

“Fasa pertama kami memperluaskan rangkaian di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Fasa kedua kami memasuki kawasan pinggir bandar.

“Pada 25 September lepas, kami meraikan satu lagi kejayaan dengan mula memasuki kawasan luar bandar. Kami memulakan perkhidmatan di Kampung Jepak, Bintulu disusuli kawasan lain seperti Buntal dan sebagainya.

“Ia menjadi permulaan untuk kami memperluaskan rangkaian ke kawasan luar bandar. Banyak lagi akan kami liputi selepas ini seperti Sebauh, Tatau, Sebuyau, Simunjan dan Serian,” katanya pada sidang media Digital Community Run 2.0 2019 di TM Sarawak Hub, Jalan Sultan Tengah semalam.

Menurut Jafer, TM Sarawak kini mempunyai lebih 100,000 pelanggan di seluruh negeri.

Serentak dengan itu, beliau mengajak orang ramai melanggan perkhidmatan Unifi sekarang bagi membolehkan mereka menikmati kempen ‘Pay Nothing’.

Katanya, kempen yang sudah bermula 1 Oktober lepas membolehkan pelanggan baharu dan lama menikmati perkhidmatan percuma sehingga 31 Disember 2019.

“Kempen ‘Pay Nothing’ untuk pelanggan sedia ada atau baharu. Sesiapa yang mendaftar semasa tempoh ini akan mula menikmati perkhidmatan percuma hingga 31 Disember.

“Untuk melanggan boleh melawat TM Point di seluruh negeri, berjumpa dengan ejen di luar atau mendaftar secara dalam talian di unifi.com.my/paynothing atau dengan memuat turun aplikasi myunifi.

“Ini tawaran menarik untuk pelanggan Unifi dan sama-sama mendapat mendapat manfaat,” katanya.

Hadir sama Penolong Pengurus Besar TM Sarawak Suhardi Sahari dan Pengurus Bahagian Perhubungan Awam TM Sarawak Hasni Kassan.