Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2
Data TerbukaData Terbuka

Dataset Terbuka

Garis Panduan Dataset Terbuka

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membuat lebih banyak data yang ada kepada orang ramai, yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia (www.data.gov.my) bermula 30 September 2015 dalam pekeliling "Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015".

Pengguna data boleh akses percuma ke beberapa siri data statistik di Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia. Akses percuma untuk lebih banyak data, terutama data siri masa sejarah, akan menggalakkan penyelidikan dan membawa kepada perancangan yang lebih baik, perlaksanaan keputusan yang lebih bermaklumat dan penciptaan penyelesaian baru.

Melalui Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia, pengguna yang berminat dapat memuat turun data dalam xls atau csv format untuk analisis selanjutnya. Data terbuka Kerajaan Negeri Sarawak juga dipaparkan dalam portal tersebut.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia di "Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0".

Nota: Untuk makluman, Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia tidak dapat diakses buat masa ini [Dikemaskini pada 13.12.2017].