Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
2745508
Kemaskini Pada: 17 Jul 2019
Versi 8.2.1

SRI AMAN: GIATMARA Sri Aman mempelawa belia berusia 15 tahun ke atas mengikuti kursus ditawarkan agensi terbabit.

Pengurus GIATMARA Sri Aman Hairree Harezal Razali berkata, dua kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Sistem Komputer  serta Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan.

Menurutnya, Kursus Teknologi Sistem Komputer melibatkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 di mana tempoh kursus ini dilaksanakan sembilan bulan.

“Enam bulan pelatih mengikuti kursus di GIATMARA Sri Aman manakala selebihnya pelatih mengikuti latihan industry selama tiga bulan,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya anjuran GIATMARA Sri Aman di sini semalam.

Beliau menambah, bagi Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan turut melibatkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua mengambil masa selama enam bulan.

Hairree menambah, setiap pelatih mengikuti kursus ditawarkan GIATMARA turut diberi elaun RM200 sepanjang pengajian mereka.

Ditanya mengenai tempoh pengambilan pelatih sepanjang tahun, Hairree menjelaskan GIATMARA kebiasannya melakukan pengambilan pelatih dua kali setahun.

“Sesi pengambilan pelatih dari Januari hingga Jun manakala pengambilan kedua bermula Julai hingga Disember.

“Syarat-syarat pengambilan adalah mereka berusia 15 tahun ke atas dan pelatih hendaklah mahir membaca, menulis dan mengira,” jelasnya.

Katanya, setakat ini di Sri Aman seramai 21 pelatih mengikuti Kursus Teknologi Sistem Komputer manakala 11 pelatih mengikuti Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan.

Menurutnya bagi pengambilan pelatih sesi Julai hingga Disember, mereka yang berminat melanjutkan pengajian di GIATMARA Sri Aman boleh berhubung terus dengan tenaga pengajar GIATMARA Sri Aman Norlailawati Mohamad Masuni di talian 083-320491.


Sumber:

Utusan Borneo Online

19.06.2019