Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3092654
Kemaskini Pada: 6 Dis 2019
Versi 8.2.2
Perutusan Pemangku Pegawai Daerah

Salam Sejahtera & Salam Ibu Pertiwiku.

Bersyukur pada Maha Pencipta di atas rahmat dan kurniaan-Nya, kehidupan kita pada masa kini kian maju dan kehadapan. 

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web rasmi Pejabat Daerah Pusa. Sesungguhnya platform teknologi ini akan menjadi medium penghubung utama bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih berkaitan daerah ini. Oleh kerana itu, usaha untuk mengemaskini dan membangunkan platform teknologi ini akan sentiasa diteruskan. 

Untuk makluman para pelanggan, segala butiran lanjut mengenai pentadbiran Daerah Pusa akan dikongsikan pada laman web rasmi ini; khususnya mengenai fungsi, peranan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Pusa kepada para pelanggan dan masyarakat secara am. Inisiatif ini penting untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik buat semua pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan dengan kami selari dengan revolusi teknologi pada masa kini.

Saya berharap agar semua pelanggan berpuas hati dengan mutu penyampaian perkhidmatan kami. Kami amat mengalukan idea, pendapat serta maklum balas anda untuk bersama membantu kami membuat perubahan positif ke arah membina Daerah Pusa maju kehadapan. Sesungguhnya, kami komited untuk memberi perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyat. 

Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Pusa dan diharapkan anda akan terus menjadikan laman web rasmi ini sebagai sumber maklumat terkini dan sahih untuk Daerah Pusa. 

Sekian, terima kasih.

BERSATU  BERUSAHA BERBAKTI
"AN HONOUR TO SERVE"

Bujang Anak Ladi

Pemangku Pegawai Daerah Pusa

"Pembangunan Lestari Untuk Kesejahteraan Rakyat"