Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Jumlah Pelawat
3092576
Kemaskini Pada: 6 Dis 2019
Versi 8.2.2
Kemudahan Infrastruktur Asas Daerah Pusa

KEMUDAHAN INFRASTUKTUR

PERHUBUNGAN JALAN RAYA UTAMA

  • Pembinaan jalan pesisir pantai yang menghubungkan Triso-Maludam-Beladin dan Pusa-Sesang-Kabong telah siap sepenuhnya pada tahun 2005. Jalan pesisir merupakan laluan alternatif untuk ke Sarikei atau Sibu selain daripada menggunakan Lebuhraya Pan-Borneo yang sedang giat dilaksanakan. 

  • Perkhidmatan feri di Tanjung Lilin ( Batang Saribas ) menghubungkan Daerah Pusa dengan Daerah Kecil Maludam telah mula beroperasi pada Februari 2007. Selain itu, turut terdapat perkhidmatan feri merentasi Batang Lupar yang menghubungkan Sebuyau dengan Daerah Kecil Maludam.

  • Perkhidmatan feri Sungai Krian yang menghubungkan Daerah Pusa dengan Daerah Kabong telah mula beroperasi pada Januari 2006.

 

PROJEK PEMBANGUNAN UTAMA (DALAM PERANCANGAN/ SEDANG DILAKSANAKAN)




RGC BELADIN


PUSAT PERTUBUHAN DESA ( RGC ) BELADIN

Dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah ( PELITA ) telah diluluskan pelaksanaannya pada 5 April 1995. Meliputi kawasan seluas 247 ekar. Merangkumi Pasar Baru, Sekolah Menengah, Masjid, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Stadium Mini, Lot Perumahan Mesra Rakyat, Dewan Masyarakat, Klinik, Balai Polis dan Sekolah Rendah.

Aktiviti ekonomi berasaskan pembangunan tanah secara komersil untuk tujuan perladangan kelapa sawit di kawasan Tanjung Lilin dan Tanaman Rumbia di Pusa.