picture

Announcement

 

PROMOSI DAN SESI PENDAFTARAN PEMILIHAN PARLIMEN BELIA MALAYSIA SESI 2023/2024

Posted on 22 May 2023
Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSNS) menerusi penyelarasan Sekretariat Parlimen Belia Malaysia akan melaksanakan Program Parlimen Belia Malaysia bagi Sesi 2023/2024.

2.    Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, sebagai pendedahan kepada belia bagaimana proses undang-undang dibuat serta memahami sistem pentadbiran negara.

3.    Untuk makluman tuan/puan, sistem e-PBM bagi proses pendaftaran pemilihan telah bermula pada 2 Mei 2023 dan akan ditutup pada 2 Jun 2023 di link pendaftaran berikut https://parlimenbelia.kbs.gov.my.

Sekian, terima kasih.