Sarawak ID|Register

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong
Perutusan Pegawai Daerah Saratok

 

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat atas usaha dan kejayaan membangunkan portal rasmi terkini Pentadbiran Bahagian Betong. Portal rasmi ini mengandungi semua maklumat dan perkhidmatan digital di setiap pejabat daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Betong. Dengan adanya portal rasmi ini, diharap orang awam dapat mengakses dan memperolehi maklumat bila-bila masa. Di samping itu, portal rasmi ini juga merupakan pengantara terbaik yang dapat menghubungkan organisasi dengan orang awam dengan mudah dan cepat.

Selaras dengan pembangunan portal rasmi ini, Pejabat Daerah Saratok sentiasa berusaha membantu memperhebat inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan awam melalui pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi yang inovatif serta strategik untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi kepuasan kepada orang awam. Usaha ini selaras dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu Perkhidmatan Awam Berkelas Dunia.

Pejabat Daerah Saratok sentiasa mendokong agenda pendigitalan sektor awam untuk menambahbaik dan memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pejabat Daerah Saratok sudah berada di landasan yang sama dengan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan yang lain dalam permodenan pengurusan perkhidmatan automasi dan kerajaan elektronik. Di samping itu, dengan adanya perkhidmatan digital dan automasi, ianya merupakan pelengkap kepada program pembangunan fizikal dan ekonomi Negeri Sarawak untuk merealisasikan aspirasi Sarawak maju menjelang tahun 2030.

Harapan saya, segala maklumat yang disediakan di dalam portal rasmi ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua masyarakat. Pejabat Daerah Saratok memastikan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat menerusi pemanfaatan ICT dengan objektif agar aspirasi dan ekspektasi rakyat dapat dipenuhi.

Akhir kata, saya sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menyumbang usaha untuk membangunkan Daerah Saratok ke arah pembangunan mapan dan lestari. Maklumbalas dan cadangan amatlah dialu-alukan agar Pejabat Daerah Saratok dapat memperkasakan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Selamat Tahun Baharu 2023.

 

An Honour to Serve

Encik Haron bin Mahidi

Pegawai Daerah

Pejabat Daerah Saratok