Perutusan Pegawai Daerah Saratok


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
 

Pertama sekali, tahniah dan syabas diucapkan kepada Pentadbiran Bahagian Betong atas pembangunan portal rasmi terkini. Portal rasmi Pentadbiran Bahagian Betong ini dibangunkan bagi memastikan semua maklumat dan perkhidmatan digital di setiap Pejabat Daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Betong dapat diakses dengan mudah.

Selaras dengan pembangunan portal rasmi ini, Pejabat Daerah Saratok sentiasa berusaha ke arah memperhebat inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan awam melalui pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi yang inovatif serta strategik. Usaha ini adalah sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 atau PCDS 2030 yang dilancarkan pada Julai Tahun 2021 yang merupakan inisiatif bagi Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 melalui inovasi dan data, di mana seluruh rakyat menikmati kemakmuran ekonomi, ketrangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Pejabat Daerah Saratok memastikan PCDS 2030 yang berpaksikan 6 sektor ekonomi utama sebagai pemacu pertumbuhan iaitu Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial disokong oleh salah satu pembolehubah yang penting dalam PCDS 2030 iaitu Transformasi Digital. Pejabat Daerah Saratok komited dalam pendigitalan sektor awam ke arah menambahbaik dan memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan kini sudah berada di landasan yang sama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam memodenkan pengurusan perkhidmatan automasi dan kerajaan elektronik.

Portal rasmi ini juga merupakan medium terkini yang dapat menghubungkan organisasi dengan orang awam dengan mudah dan cepat. Harapan saya, segala maklumat yang disediakan di dalam portal rasmi ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua masyarakat. Pejabat Daerah Saratok.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membangunkan Daerah Saratok ke arah pembangunan mapan dan harmoni. Segala maklumbalas dan cadangan amatlah dialu-alukan agar dapat memperkasakan mutu Portal Rasmi ini di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.

"An Honour To Serve"
 

 

 

MUHAMMAD DINO BIN AMID

Pegawai Daerah Saratok