Sejarah Daerah Saratok


Sejarah Pejabat Daerah Saratok

Sejarah Penubuhan

Pada awalnya, Pejabat Daerah Saratok atau dikenali sebagai "Fort Charles " telah dibina oleh seorang kakitangan Kerajaan Brooke yang bernama Maxwell sekitar tahun 1878 sebagai tempat pentadbiran dan terletak di tengah-tengah pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK yang merupakan bangunan bersejarah Daerah Saratok.

Pejabat Daerah Saratok telah beroperasi semenjak sebelum Merdeka lagi iaitu sekitar tahun 1888 sehingga tahun 2008 di Bangunan yang sama.

Pejabat ini telah berpindah ke pejabat baru iaitu kira-kira 200 meter dari bangunan asal dengan rasminya pada 30 Ogos 2009 di atas tanah Lot 42 Saratok Town District.


Asal Usul Saratok

Sehingga kini, kewujudan nama Saratok masih tidak dapat dipastikan. Namun, terdapat beberapa versi mengenai kewujudannya. Berdasarkan buku “Legends & History of Sarawak” yang ditulis oleh Chang Pat Poh, kewujudan Saratok dikaitkan dengan seorang Melayu tua yang bergelar ‘Dato’ dan temannya yang ingin mengunjungi sanak saudaranya yang berasal dari kawasan Saratok pada suatu ketika yang lampau. Kesan daripada usia yang tua, beliau sering berjalan menuju ke arah yang salah. Temannya itu selalu mengingatkan beliau dengan berkata ‘Salah Tok’ dan akhirnya dituturkan secara perlahan sebagai ‘Saratok’ hingga ke hari ini.

Berdasarkan versi lisan pula, kewujudan nama Saratok dipercayai berpunca daripada pokok ‘Salak’ yang dikatakan banyak terdapat di kawasan pekan Saratok pada masa itu. Pengunjung yang datang sering mengatakan ‘Salak Tu’ yang bermaksud ‘ini adalah pokok Salah’. Secara perlahan ia dituturkan sebagai “Saratok’.

Manakala, menerusi buku “The Living Legends: Borneo Telling Their Tales” yang dikarang oleh Benedict Sandin, kewujudan nama ‘Saratok’ diperkatakan berpunca daripada kumpulan Seru yang diketuai oleh pahlawan yang bernama ‘Segatok’ yakni melarikan diri daripada serangan orang Iban ke sebuah ‘Munggu’ (bukit). Difahamkan bahawa ‘Munggu’ tersebut dinamakan sebagai ‘Munggu Segatok’ sempena nama ketua kumpulan Seru berkenaan. Pejabat Daerah Saratok terletak di atas ‘Munggu’ tersebut sebelum berpindah ke lokasi yang baru pada masa sekarang.


Pada awalnya, Pejabat Daerah Saratok atau dikenali sebagai "Fort Charles " telah dibina oleh seorang kakitangan Kerajaan Brooke yang bernama Maxwell sekitar tahun 1878 sebagai tempat pentadbiran dan terletak di tengah-tengah pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK yang merupakan bangunan bersejarah Daerah Saratok.

Pejabat Daerah Saratok telah beroperasi semenjak sebelum Merdeka lagi iaitu sekitar tahun 1888 sehingga tahun 2008 di Bangunan yang sama.

BANGUNAN BARUPEJABAT DAERAH SARATOK-->

Pejabat ini telah berpindah ke pejabat baru iaitu kira-kira 200 meter dari bangunan asal dengan rasminya pada 30 Ogos 2009 di atas tanah Lot 42 Saratok Town District.

Daerah Saratok juga dahulunya dikenali sebagai Kalaka merupakan sebahagian daripada Pentadbiran Bahagian Betong yang berkeluasan 1,686.68 km persegi. Pentadbiran Daerah Saratok juga mewujudkan Daerah Kecil dalam membantu Pentadbiran Daerah Saratok iaitu Daerah Kecil Budu.

Dikemaskini pada 14 April 2016