Tarikan Pelancongan
Pekan Saratok juga terkenal dengan aktiviti dahulunya sebagai Pesta Air Sungai Krian yang diadakan pada setiap dua tahun sekali tetapi pada masa sekarang dikenali sebagai Regatta Kalaka Pesta Saratok yang hampir setaraf dengan Regatta Sarawak. Aktiviti pesta ini menyaksikan pertarungan para jagoan sukan lumba perahu yang dapat menarik para pelancong tempatan dan luar negeri.
Regatta Saratok 2022
Tiga tempat air terjun di Saratok yang popular iaitu Wong Klangsau, Sungai Kabo terletak kira-kira 200 meter dari simpang Jalan Ulu Awik-Kabo. Kira-kira 500 meter dari simpang jalan Ulu Krian dan kemudiannya berjalan kaki selama 15 minit, pengunjung boleh beriadah di air terjun Wong Pilai. Air terjun Wong Balai pula hanya empat kilometer dari simpang Jalan Babang. Semua air terjun ini berpotensi tinggi menarik pelancong kerana airnya jernih serta persekitaranya yang masih mengekalkan flora dan fauna yang indah.
Air Terjun Wong Klangsau
Bujang Pagan, iaitu seekor buaya jinak dan selalu timbul ketika air pasang. Bagi pelancong yang berminat dan ingin melihat buaya tersebut boleh berkunjung ke Kampung Pagan.
Bujang Pagan