Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25): Diversity, Equality, Equity & Inclusively Bersempena HW25 Peringkat Daerah Betong
Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25)
2 Ogos 2025 (Sabtu), Pejabat Daerah Betong- Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25): Diversity, Equality, Equity & Inclusively Bersempena HW25 Peringkat Daerah Betong, telah dijalankan di sekitar Pejabat Daerah betong. Objektif Program ini adalah untuk mengiktiraf dan menghargai peranan wanita dari pelbagai latar belakang, kaum, agama, budaya, umur, kebolehan fizikal, dan orientasi dalam membina masyarakat yang harmoni dan progresif. Selain itu, Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peluang yang sama dalam pendidikan, pekerjaan, kepimpinan, dan pengambilan keputusan tanpa diskriminasi jantina.
Peserta seramai 75 orang adalah terdiri daripada wargakerja (Pejabat Daerah & Pejabat Daerah Kecil) dan Biro Wanita Daerah Betong. Senarai Aktiviti yang dijalankan adalah termasuk Senam Cergas & Poco – poco, Ceramah Kesejahteraan Wargakerja / Psikologi dan Membasmi Dadah, Saringan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan, Live Streaming perasmian Hari Wanita daripada Dewan Santapan Aras 1, Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Cabutan bertuah kepada semua jemputan.