Senarai Nama Pegawai Daerah Yang Bertugas di Betong


Pentadbiran rasmi untuk Daerah Betong bermula pada tahun 1927 apabila A.L.M Honore dilantik sebagai Pegawai Daerah yang pertama.Dalam era Brooke itu,urusan pentadbiran dikendalikan di Kubu Lily yang sekarang ini terus dipelihara sebagai bangunan bersejarah.

Pada tahun 1975, pusat pentadbirannya dipindahkan ke bangunan yang sekarang ini telah diubahsuai menjadi bangunan Majlis Daerah Betong sehingga pada tahun 1990. Selepas itu, ia berpindah lagi ke bangunan yang diduduki pada masa ini.

Pejabat Daerah Betong terletak di bangunannya sendiri di Jalan Pengarah Isek. Bangunan pejabat tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1990 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohammad.  Setakat hari ini seramai 45 orang Pegawai Daerah yang telah bertugas di Pejabat Daerah Betong. Antaranya ialah: