Perutusan Pegawai Daerah Betong
Perutusan Pegawai Daerah Betong
Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Daerah Betong.
Sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran Kerajaan Sarawak, Pejabat Daerah Betong komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra kepada seluruh masyarakat di daerah ini. Kami sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang responsif dan proaktif dalam melaksanakan amanah serta memenuhi keperluan rakyat.
Daerah Betong kaya dengan potensi pembangunan, keunikan budaya, serta kekuatan komuniti yang bersatu padu. Seiring dengan dasar pembangunan Kerajaan Sarawak, pejabat ini memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembangunan yang inklusif dan mampan, khususnya dalam bidang infrastruktur, ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja Pejabat Daerah Betong atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan. Marilah kita bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan daerah yang progresif dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.
LAGA KUEH
PEGAWAI DAERAH BETONG
LAGA KUEH
PEGAWAI DAERAH BETONG