Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Betong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) sedang melaksanakan tinjauan khas tentang kesan pandemik COVID-19 terhadap sosioekonomi masyarakat di Sarawak.


Jasa baik tuan/puan dipohon untuk menjawab soal selidik ini JIKA ANDA:

  • Menetap di Sarawak (Pesara/Suri Rumah/Warga Emas/Penganggur/lain-lain) ; atau
  • Bekerja (Kerajaan/Swasta/Sendiri); atau
  • Hilang pekerjaan semasa PKP; atau
  • Pelajar Institusi Pendidikan Awam/Swasta di Sarawak; atau
  • Pemilik perniagaan yang dijalankan di Sarawak.

Kaji selidik ini mengandungi 5 BAHAGIAN, dan mengambil masa kira-kira 15 minit.
Semua maklumbalas yang diberikan adalah SULIT dan bertujuan sebagai input kepada kerajaan untuk menilai kesan COVID-19 dan impak terhadap sosioekonomi penduduk Sarawak bagi menggubal dasar; merancang dan membangun program; serta melaksanakan intervensi sosio-ekonomi yang tepat dan berkesan.  Perhatian, kerjasama dan kesabaran tuan/puan untuk menyertai kaji selidik kami amatlah dihargai dan diucapkan setinggi terima kasih demi kesejahteraan sosial di Sarawak.

Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh memberi maklumbalas kepada:
jimmysalau@sarawak.gov.my

Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti,
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK)