picture

 

Pengeluaran Lesen Pungutan Awam


Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam.
 
Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Mukah proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Betong sahaja.
 
Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (Pungutan dibuat bagi lebih dari satu bahagian), borang permohonan yang lengkap akan dimajukan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak (Unit Pentadbiran Am) di Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching untuk kelulusan.
 
Cara Permohonan.
Dapatkan Borang A secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Mukah (Unit Pentadbiran). Isi Borang A dalam (3) tiga salinan dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:
  •   Gambar bersaiz passport sebanyak Enam (6) keping bagi pengerusi dan Tiga (3) keping gambar     bersaiz pasport bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  •   Satu (1) salinan fotostat MyKad bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  •   Satu (1) salinan penyata akaun bank.
  •   Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini.
Yuran Lesen Pungutan Awam sebanyak RM25.00 akan dikenakan.
 
Sila Ambil Perhatian
Pastikan pemohon mengemukakan Penyata Bank setelah proses kutipan derma / dari tarikh luput lesen, sekiranya gagal berbuat demikian, Pemohon boleh dikenakan DENDA SEBANYAK RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM2000).