picture

 

Piagam Pelanggan


PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN BETONG BERILTIZAM UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP, BERKESAN DAN MESRA KEPADA PELANGAN DENGAN :

  1. Perakuan oleh Residen dalam Skim Perkhidmatan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat disiapkan dan dikemukakan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  2. Sijil Perlantikan Ketua Kaum akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Keputusan permohonan Lesen Pungutan Awam akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah borang permohonan lengkap diisi beserta komen daripada Pegawai Daerah & Ketua Polis Daerah.
  4. Permohonan untuk meluluskan Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam yang telah lengkap diisi akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  5. Laporan Prestasi Perlaksanaan Projek-projek Rancangan Malaysia dapat disiapkan dan dihantar kepada Jabatan Ketua Menteri (Unit Perlaksanaan dan Pemantauan Negeri) dan agensi yang terlibat dalam setiap tiga (3) bulan sekali, yang minggu pertama setiap bulan Mac, Jun, September dan Disember.
  6. Laporan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) (Peruntukan Persekutuan) siap dihantar kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak pada minggu pertama dan sebelum 10hb setiap bulan.
  7. Sijil Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK akan disiapkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  8. MENGESAHKAN PENERIMAAN ADUAN DALAM TEMPOH (1) HARI BEKERJA DAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS ADUAN DALAM TEMPOH TIGA (3) BEKERJA.


PEJABAT DAERAH BETONG, PEJABAT DAERAH SARATOK, PEJABAT DAERAH PUSA DAN PEJABAT DAERAH KABONG BERILTIZAM UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP, BERKESAN, DAN MESRA KEPADA PELANGGAN DENGAN:

  1. Surat Kuasa Mentadbir (LA) akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  2. Bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) yang melibatkan agensi/jabatan lain, tempoh bermula setelah mendapat maklumbalas daripada agensi/jabatan yang  berkaitan.
  3. Permohonan Sijil Pendaftaran Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  4. Permohonan baru untuk Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan  dan Pengeluaran Lesen Perdagangan akan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan syarat maklumbalas daripada semua agensi-agensi yang dirujuk, sudah diperolehi.
  5. Urusan Pembaharuan, Pengeluaran Ekstrak dan Pindaan Butir-Butir akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan syarat semua dokumen-dokumen yang disertakan adalah lengkap.
  6. Permohonan Pembatalan Lesen Perdagangan akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  7. Pendaftaran Kes-Kes Mahkamah Bumiputera akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  8. Permohonan Pengeluaran Permit Pembelian Peluru untuk senapang patah (shotgun) akan disiapkan dalam masa 30 minit.
  9. Pengeluaran Lesen bagi Pindah Hakmilik Senapang Patah yang telah diluluskan oleh Residen akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.