Pengeluaran Lesen Perkahwinan Sivil Khas

 

Pengeluaran Lesen Perkahwinan Sivil Khas


Prosedur ini digunakan di Pentadbiran Bahagian Sarawak yang merangkumi proses – proses berikut:

  • Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan dan Perakuan Untuk Perkahwinan (Tanpa Notis) (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(1)] )
  • Pengupacaraan dan Pendaftaran Perkahwinan Bagi Pasangan Di Mana Pihak Perempuan Berusia Genap 16 tahun Tetapi Belum Mencapai Umur 18 tahun Perkahwinan Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(2)] )
  • Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(3)] )
Definisi :
  • “Akta 164” merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan perkahwinan monogami dan pengupacaraan dan pendaftaran sesebuah perkahwinan; untuk meminda dan menyatu undang-undang yang berhubungan dengan perceraian; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara bersampingan dengannya.
  • “Anak daripada Perkahwinan” bermaksud anak kepada kedua-dua pihak kepada perkahwinan yang berkenaan atau seseorang anak kepada satu pihak kepada perkahwinan itu, yang diterima sebagai ahli keluarga oleh pihak yang satu lagi itu dan “anak” dalam konteks ini termasuklah anak tidak sah taraf kepada salah satu pihak kepada perkahwinan itu, dan anak yang diambil sebagai anak angkat yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan anak angkat.
  • “Daerah Perkahwinan” bermaksud sesuatu kawasan yang telah ditentukan sebagai suatu daerah perkahwinan di bawah Seksyen 28(5), atau jika tiada sesuatu kawasan itu telah ditentukan sedemikian dalam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, ertinya Negeri itu atau Wilayah Persekutuan.
Daftar Perkahwinan termasuk :
  1. mana-mana daftar perkahwinan yang disimpan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran perkahwinan sebelum tarikh yang ditetapkan,
  2. daftar yang dibuat di bawah subseksyen 46A(1) dan seksyen 46B; dan
  3. mikrofilem, komputer dan bentuk rekod lain yang dibuat di bawah subseksyen 46A (2).
  • “Orang belum dewasa” bermaksud seseorang yang berumur di bawah dua puluh satu (21) tahun dan yang bukan seorang balu atau duda
  • “Pendaftar” bermaksud Pendaftar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta 164 dan termasuklah Pendaftar Besar, Penolong Pendaftar Besar, Penguasa Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan.
  • “Perkahwinan dengan seorang perempuan yang lain” bermaksud perkahwinan mana-mana orang, yang telah berkahwin dengan mana-mana perempuan yang lain dalam masa hayat bekas isterinya, sama ada perkahwinan yang kedua itu telah berlaku di Malaysia atau di tempat lain.
  • “Tarikh yang ditetapkan” bermaksud tarikh permulaan kuatkuasa Akta ini.
  • “Pemakaian” Akta ini tidak terpakai bagi seseorang Islam atau bagi mana-mana orang yang berkahwin di bawah Undang-Undang Islam dan tiada perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah satu daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh diertikan sebagai menghalang suatu mahkamah yang di hadapannya suatu petisyen perceraian telah dibuat di bawah seksyen 51, daripada memberi dekri perceraian atas petisyen daripada satu pihak kepada suatu perkahwinan jika pihak yang satu lagi itu telah masuk Islam, dan dekri itu adalah, walau apapun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.
  • “Genap 16 Tahun” bermaksud usia individu itu telah lengkap pada hari kelahirannya yang ke 17 Tahun.