picture

 

Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Perlesenan Perniagaan


Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Perlesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan


Definisi:

"Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan" ialah Borang R.20-Pind. 1/86 yang digunakan untuk memohon pendaftaran bagi nama sesuatu perniagaan dan akan disimpan sebagai rekod bagi nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan.

"Ekstrak Nama-Nama Perniagaan" bermaksud satu cabutan maklumat daripada Borang Nama-Nama Perniagaan R.20-Pind. 1/86 yang mengandungi butir-butir sebuah syarikat perniagaan.

"Nama-Nama Perniagaan" bermaksud nama yang didaftarkan bagi sesebuah syarikat perniagaan.

"Pemohon" bermaksud seorang atau sekumpulan orang yang memohon untuk mendaftarkan nama bagi syarikat perniagaannya.

"Pendaftar" merujuk kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan iaitu Pegawai Daerah Dalat.

"Sijil Pendaftaran" bermaksud satu sijil yang dikeluarkan menggunakan Borang R.22-Pind. 1/86 kepada syarikat perniagaan yang mengesahkan bahawa nama bagi syarikat perniagaan berkenaan telah didaftarkan di bawah Ordinan  Nama-Nama Perniagaan (Cap.64)

 

A. PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:

1. Salinan fotostat kad pengenalan pemohon

2. Surat Hakmilik Tanah bagi tempat perniagaan yang dipohon; atau (Bukannya tempat untuk kediaman)

3. Surat Perjanjian Penyewaan; atau

4. Surat kebenaran daripada pemilik premis yang dinyatakan sebagai tempat perniagaan. (Jika Menyewa)

5. Borang R.20-Pind. 1/86 diisi dengan betul dan jelas (boleh didapati dari Pejabat Daerah)

6. Cop Nama Perniagaan yang lengkap dengan alamat perniagaan.


B. EKSTRAK NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan::

1. Kemukakan permohonan ekstrak nama-nama perniagaan, sama ada:

a) secara bertulis oleh pemohon sendiri, atau

b) secara bertulis oleh pihak ketiga seperti pihak Bank, peguam atau agensi kerajaan/swasta, atau

c) secara bertulis melalui pos oleh mana-mana pihak di atas (pastikan bayaran sebanyak RM2.00 disertakan bersama

 

C. PEMINDAAN BUTIR NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:

1. Pemilik perniagaan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis ke Pejabat Daerah Dalat.

2. Salinan asal Sijil Pendaftaran dan / atau Memorandum of Transfer, di mana berkenaan disertakan

 

D. PEMBATALAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:

1. Kemukakan permohonan secara bertulis dan dicop dengan cop syarikat

2. Salinan asal Sijil Pendaftaran

3. Bayaran pembatalan dalam bentuk wang pos atau kiriman wang atas nama Percetakan Nasional Berhad bernilai RM60.00 sebagai bayaran pewartaan.