picture

 

Pengurusan Tender dan Sebutharga Bahagian Betong


Jawatankuasa Tender/Sebutharga (Negeri/Persekutuan) Bahagian Betong hanya boleh mempertimbangkan dan menyetuju terima tender/sebutharga dengan syarat keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan tidak memebihi had nilai tender/sebutharga. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai tender/sebutharga akan dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi untuk keputusan.

Urusan Berkaitan Tender / Sebutharga Bahagian Betong

  • Menerima iklan kenyataan Tender/Sebutharga daripada Agensi atau Jabatan Kerajaan di Bahagian Betong;
  • Menyediakan Peti Tender dan Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga;
  • Memaparkan Tender/Sebutharga pada papan tender
  • Merekod semua syarikat yang menghantar penyertaan tender/sebutharga ke dalam Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga sepanjang iklan tender/sebutharga masih dibuka sehingga tarikh tutup tepat jam 12:00 tengah hari;

Sila Ambil Perhatian

  • Penyertaan Tender/Sebutharga yang dihantar selepas TEPAT JAM 12:00 Tengah hari pada Tarikh Tutup, TIDAK AKAN DIPROSES. Harap Maklum, Terima Kasih.
  • Borang Schedule Of Tender Received G.124 akan dikeluarkan untuk proses pembukaan tender/sebutharga selepas jam 12:00 tengah hari pada hari tender/sebutharga ditutup.
  • Pembukaan tender/sebutharga akan dipengerusikan oleh Timbalan Residen (atau Pegawai N41 keatas) bersama ahli-ahli jawatankuasa serta akan dihadiri oleh "Client Agency".
  • Penyertaan tender/sebutharga yang asal berserta salinan borang Schedule Of Tender Received G.124 akan diserahkan kepada "Client Agency".
  • Minit mesyuarat pembukaan tender/sebutharga akan dikeluarkan oleh setiausaha pembukaan tender/sebutharga untuk dimajukan ke Masyuarat Jawatankuasa Perolehan Tender/Sebutharga Bahagian Betong untuk pemilihan Syarikat/Kontraktor yang layak.

Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Betong

Masa akan diambil kurang dari 30 minit berurusan dengan pegawai kami semasa penyerahan penyertaan tender/sebutharga daripada syarikat/kontraktor.

Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Penyerahan Penyertaan Tender/Sebutharga.

Encik Lister Clement Guwie, Penolong Pegawai Tadbir N29 [Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 083-471577].