picture

 

Pengurusan Sijil Anak Angkat



DEFINISI:

"Ibu/Bapa Angkat" bermaksud orang yang mengangkat atau orang yang berhasrat untuk mengangkat anak menurut Adoption Ordinance, 1942 (Chapter 91) (Pindaan 2002).

"Sijil" ialah sijil pengangkatan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4(3) atau salinan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4 (5).

"Anak" adalah orang yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun;

"Penjaga" ialah penjaga yang dilantik oleh mahkamah yang ditauliahkan atau mengikut Seksyen 4 atau 5 Ordinan Penjagaan Bayi (Guardianship of Infants Ordinance, Chapter 93)

"Ibu/Bapa Kandung" bermaksud ibu atau bapa secara biologi kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira sama ada mereka berkahwin secara sah atau tidak sah.

 

Senarai Semak Permohonan Pendaftaran Anak Angkat

1. Dokumen yang diperlukan mengikut Undang-Undang

 

a) Salinan Sijil Lahir Kanak-kanak (Satu salinan) beserta Sijil Lahir yang asal

b) Salinan Kad Pengenalan:-

i. Bapa Kandung

ii. Ibu Kandung

iii. Bapa Angkat

iv. Ibu Angkat

v. Saksi

c) Salinan Surat Nikah Ibu bapa Angkat beserta sijil asal

d) Borang Permohonan Untuk Pendaftaran Anak Angkat (Seksyen 3(10).

 

2. Dokumen Sokongan

a) Surat Sumpah (Diisi oleh ibu/bapa angkat ), jika berkenaan.

b) Surat Sarak/Cerai (jika berkaitan).

c) Surat Akuan Kelahiran Anak Luar Nikah bagi Ibu Tunggal

d) Beza umur Ibu/Bapa Angkat dengan anak angkat mestilah lebih 21 tahun.

e) Ibubapa angkat mesti berumur 21 tahun ke atas.

 

* Peringatan: Kanak-kanak perempuan tidak boleh diangkat oleh seorang lelaki sahaja (bapa angkat sahaja).