picture

Pengurusan Senapang Patah

 

Pengurusan Senapang Patah


 

PINDAH HAKMILIK SENAPANG PATAH MELALUI PROBET

''Pindah Hakmilik Senapang Patah Melalui Probet'' - proses di mana pemilik asal telah meninggal dunia dan dipindah kepada anak lelaki atau anak perempuan sahaja, melalui probet.


Dokumen yang perlu disediakan sebelum membuat permohonan pindah hakmilik senapang patah melalui probet:-

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon

2. Salinan Sijil Lahir pemohon / akuan Bersumpah jika tiada Sijil Lahir

3. Salinan Surat Kuasa Mentadbir Harta (Letter of Administration)

4. Resit Simpanan Senjata Api dari Balai Polis

5. Dua (2) keping gambar terbaru pemohon berukuran passport

6. Salinan Lesen Senjata Api

7. Bayaran yuran sebanyak RM2.00 sahaja


PERMOHONAN PERMIT MEMBELI PELURU SENAPANG PATAH

DEFINISI

"Permit membeli peluru" bermaksud lesen membeli  atau memperolehi atau menukar peluru (Form 11) Akta Senjata Api, 1960 Seksyen 11 (4).

 

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon:

1. Buku Lesen Senapang Patah bagi memastikan pemohon mempunyai lesen dan tarikh buku lesen masih sah.

2. Bilangan kelonsong peluru yang telah digunakan dan dikembalikan mestilah 10.

3. Bayaran sebanyak RM2.00 sahaja.

 

Peringatan:

1. Tempoh sah laku permit membeli peluru adalah untuk 1 bulan sahaja dari tarikh membeli.

2. Pemohon hanya dibenarkan membeli 10 butir peluru sahaja untuk satu permit.