picture

 

Pendaftaran Probet



Definisi (Rujukan Adminiatration of Estate Ordinance)

"Urusan Probet" memberi kuasa di sisi undang-undang kepada Pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia tanpa wasiat.

"Surat Kuasa Mentadbir"  adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pegawai Probet kepada salah seorang untuk bertindak sebagai Pentadbir harta pusaka si mati apabila kematian berlaku tanpa wasiat.

"Pegawai Probet" adalah Pegawai Daerah Dalat.

"Pentadbir" ialah pemegang surat kuasa yang dilantik oleh waris-waris.

 

Persediaan sebelum membuat pendaftaran probet:-

1. Dokumen Sokongan


a. Sijil asal kematian dan salinan

b. Surat Akuan sumpah jika tiada sijil kematian

d. Semua dokumen asal harta peninggalan si mati dan salinan

e. Salinan kad pengenalan semua waris (terdekat)

f. Surat persetujuan waris, jika berkaitan.


2. Pastikan pentadbir harta yang dilantik adalah terdiri daripada waris terdekat si mati (mesti dewasa) mengikut turutan berikut:-

 

a. Balu kepada si mati

b. Anak lelaki kepada si mati

c. Bapa kepada si mati

d. Janda kepada si mati

e. Saudara lelaki paling rapat kepada si mati

f. Saudara perempuan paling rapat kepada si mati

g. Pemiutang si mati

 

3. Kehadiran Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum