picture

Announcement

 

NOTIS JAWATAN KOSONG DI BETONG DIVISION DEVELOPMENT AGENCY (BDDA)

Posted on 20 Feb 2023

Pejabat Residen Bahagian Betong mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) seperti berikut:

1 Pegawai Tadbir, Gred N41

   a. Bilangan Kosong : 5 Kosong

   b. Kumpulan : Pengurusan & Profesional

   c. Taraf Jawatan : Kontrak/ Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang berkaitan perancangan/ pengurusan/ kewangan/ pentadbiran/ kejuruteraan/ pertanian atau lain-lain ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengambilan Betong Division Development Agency (BDDA):

dan

ii. Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

 

2 Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29

   a. Bilangan Kosong : 5 Kosong

   b. Kumpulan : Pelaksana

   c. Taraf Jawatan : Kontrak/ Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)

i. Diploma/ STPM/ Sijil Matrikulasi diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang berkaitan perancangan/ pengurusan/ kewangan/ pentadbiran/ kejuruteraan/ pertanian atau lain-lain ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengambilan Betong Division Development Agency (BDDA);

dan

ii. Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

3 Penolong Akauntan, Gred W29

   a. Bilangan Kosong : 1 Kosong

   b. Kumpulan : Pelaksana

   c. Taraf Jawatan : Kontrak/ Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)

i. Diploma diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang perakaunan/ kewangan atau lain-lain ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengambilan Betong Division Development Agency (BDDA);

dan

ii. Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

 

4 Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Gred N19

   a. Bilangan Kosong : 3 Kosong

   b. Kumpulan : Pelaksana

   c. Taraf Jawatan : Kontrak/ Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan dengan mendapat sekurang-kurang Kepujian dengan Gred C bagi Subjek Bahasa Melayu;

        dan

ii. Kepujian / Lulus (5) lima subjek lain

 

5 Pemandu Kenderaan, Gred H11

   a. Bilangan Kosong : 1 Kosong

   b. Kumpulan : Pelaksana

   c. Taraf Jawatan : Kontrak/ Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)

i. Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan dengan mendapat sekurang-kurang Kepujian Gred C bagi Subjek Bahasa Melayu

dan

ii. Kepujian / Lulus (4) empat subjek lain;

dan

iii. Memiliki lesen memandu yang masih sahlaku.

 

 

SYARAT PEMOHONAN

• Permohonan yang layak dikehendaki mengemukakan dokumen asal dan 3 salinan seperti berikut semasa hadir temuduga :

1. Surat Permohonan;

2. Resume;

3. Salinan Kad Pengenalan;

4. Salinan Dokumen/ Sijil Akademik berkaitan;

5. Salinan Lesen memandu yang masih sahlaku (Jawatan Pemandu Kenderaan, Gred H11 sahaja)

 

Note : semua salinan dokumen hendaklah disahkan

 

• Permohonan yang lewat diterima selepas tarikh iklan tutup tidak akan dipertimbangkan.

• Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan disenarai pendek dan pemohon-pemohon yang dipilih untuk sesi temuduga sahaja akan dihubungi.

• Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan/ maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan. Pemohon dianggap tidak berjaya.

 

CARA MEMOHON

• Semua permohonan dari tarikh iklan ini hendaklah memuat turun borang seperti di Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong

• Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat email berikut:bdda@sarawak.gov.my

• Tarikh tutup Iklan adalah pada 24 Februari 2023 (Jumaat) 5:00 Petang.

 

Iklan dikeluarkan oleh:

Pejabat Residen Bahagian Betong

Merangkap Jawatankuasa Pengambilan

Betong Division Development Agency (BDDA)

Aras 2-3, Menara Utama

Komplek Pejabat Kerajaan Negeri

Jalan Setia Raja, 95700 Betong

Sarawak

 

Untuk pertanyaan boleh mengemukakan di alamat email : bdda@sarawak.gov.my

Sila muat turun permohonan di sini.

 

Iklan dikeluarkan oleh:
Pejabat Residen Bahagian Betong
Merangkap Jawatankuasa Pengambilan
Betong Division Development Agency (BDDA)
Aras 2-3, Menara Utama
Komplek Pejabat Kerajaan Negeri
Jalan Setia Raja, 95700 Betong
Sarawak
Untuk pertanyaan boleh mengemukakan di alamat email :
e-mel : bdda@sarawak.gov.my