picture

Announcement

 

SURVEY ONLINE BAGI HOUSING VOUCHER PROGRAMME : FIRST TIME HOUSE BUYER

Posted on 31 May 2023
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi inisiatif HOUSING VOUCHER PROGRAMME : FIRST TIME HOUSE BUYER. Inisiatif tersebut adalah salah satu inisiatif  yang dipersetujui oleh Kerajaan Sarawak dan dimasukkan ke dalam inisiatif PCDS 2030, Sarawak.

Bagi mendapatkan input dan profil bakal pembeli rumah pertama di Sarawak, pihak perunding yang dilantik PWC telah menyediakan satu soal selidik untuk diisi oleh masyarakat Sarawak.Soal selidik ini dijalankan dalam masa 2 bulan bermula daripada 10 April 2023 dengan sasaran sampel adalah seramai 10,000 orang seluruh Sarawak.

Untuk mendapatkan soalan servi tersebut, sila imbas kod QR seperti yang disediakan.