Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan

Senarai Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan

 

Piagam Pelanggan

Pernyataan Piagam Pelanggan

Pentadbiran Bahagian Betong menjanjikan pelanggan dengan perkhidmatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan.

A. Piagam Pelanggan Pejabat Residen Bahagian Betong

Kami berusaha akan memberikan perkhidmatan yang mesra dan terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kami seperti berikut:

  1. Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diproses pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.
  2. Permohonan Permit Kutipan Awam diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja .
  3. Permohonan Lesen Sabong Ayam yang lengkap diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas .
  4. Permohonan Pindah Nama Hak Milik Senapang Patah diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada Pejabat Daerah.
  5. Keputusan Permohonan Baru Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.
  6. Keputusan Permohonan Pembaharuan Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.
  7. Pendaftaran kes rayuan Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.
  8. Pendengaran dan keputusan permohonan reman diselesaikan pada hari yang sama permohonan difailkan.
  9. Pengesahan Akuan Berkanun/ Surat Sumpah/ Salinan Diakui Sah (Certified True Copy) diselesaikan pada hari yang sama permohonan lengkap diterima.
  10. Keputusan Lembaga Perumahan A dimaklumkan kepada pemohon tiga (3) hari bekerja setelah mendapat kelulusan daripada Lembaga.
  11. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  12. Bantuan awal bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh satu (1) hari setelah berlakunya bencana.
  13. Keputusan kelulusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat/ Galeri A/ Galeri B/ Foyer Aras UG/ Aras LG dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  14. Keputusan kelulusan mengenai tempahan kenderaan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  15. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh satu (1) hari  bekerja dan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

B. Piagam Pelanggan Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil Di Bahagian Betong

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang mesra dan terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kami seperti berikut:

  1. Permohonan baharu Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  2. Permohonan baharu Probate (Probate of The Will) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  3. Permohonan Penggantian Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of The Will) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  4. Permohonan pembatalan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of The Will) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  5. Permohonan Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  6. Permohonan penggantian Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  7. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan lesen  dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Betong.
  8. Permohonan berkaitan senapang patah yang memerlukan pertimbangan Setiausaha Kerajaan Sarawak dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Betong .
  9. Permohonan Pindah Tempat Daftar Senapang Patah diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  10. Permohonan penggantian Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  11. Permohonan pembaharuan Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  12. Pengeluaran Lesen Membeli Peluru diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  13. Permohonan baharu Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  14. Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  15. Pengeluaran Ekstrak Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Extract of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  16. Pindaan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  17. Permohonan penggantian Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Ceftificate) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  18. Permohonan baharu Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari Tarikh dokumen lengkap diterima.
  19. Permohonan pembaharuan Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  20. Permohonan penggantian Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  21. Pendaftaran kes-kes Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.
  22. Pendengaran dan keputusan permohonan reman diselesaikan pada hari yang sama permohonan difailkan.
  23. Sijil perlantikan/ perlanjutan/ surat penamatan perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Betong.
  24. Sijil perlantikan/ perlanjutan/ surat penamatan perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Betong.
  25. Pengesahan Akuan Berkanun / Surat Sumpah/ Salinan Diakui Sah (Certified True Copy) diselesaikan pada hari yang sama permohonan lengkap diterima.
  26. Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) diselesaikan dalam tempoh masa mengikut pernyataan dalam surat tawaran dan surat setuju terima.
  27. Keputusan Lembaga Perumahan B dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah mendapat kelulusan daripada Lembaga.
  28. Keputusan Lembaga Perolehan dimaklumkan kepada pembekal melalui surat tawaran kerja atau bekalan / perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Lembaga Perolehan.
  29. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  30. Pungutan hasil daripada orang awam akan diproses dan dikeluarkan resit penerimaan serta merta selepas pembayaran dilakukan.
  31. Keputusan kelulusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat /Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  32. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh (1) hari bekerja dan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh (5) hari bekerja